RILEKS KAN MINDA!!




LAWAK SAM DAN DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
===================================
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI "



LAWAK 5 SEN
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik
tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis.
Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis..
Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia
takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket
seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura
membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya.
"Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis.
Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya
lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
HIPOKRIT

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang
menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas
mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...Lalaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....


Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah..."Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... ""Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...

""Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi
dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...

""Lawakkan, ramai orang
percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran""Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia""Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agamaLawak kan???
 
Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang
lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang
akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????


DIALOG SYAITAN KURUS DENGAN SYAITAN GEMUK

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa pada suatu ketika bertemu syaitan orang mukmin dengan syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu beminyak, gemuk dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin pula, kurus kotor dan bertelanjang.

Lantas syaitan si kafir bertanya : “Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?”
Jawab syaitan orang mukmin    : “Aku bersama orang sedang makan sering menyebut nama Allah S.W.T, sehingga aku selalu kelaparan. Kalau dia minum dia juga menyebut nama Allah S.W.T sehingga aku sering selalu kehausan. Kalau dia berpakaian, selalu menyebut nama Allah S.W.T sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama Allah S.W.T hingga aku tetap kusut-masai.”

Lantas berkata syaitan orang kafir : “Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang tidak menyebut nama Allah S.W.T dalam semua perbuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum, dan berpakaian.”

Dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah S.W.T. Apabila hati ingat kembali kepada Allah S.W.T, maka mudurlah syaitan laknat itu.