Monday, 7 March 2011

TAK SANGGUP LAPAN, BUAT LAPAN





Sesiapa tak sanggup mengerjakan lapan, maka hendaklah ia berbuat lapan macam untuk mencapai pahala yang lapan itu iaitu :

1-Sesiapa yang ingin mendapat pahala sembahyang malam sedangkan ia tertidur, maka janganlah berbuat maksiat pada siang harinya.
 
            2- Sesiapa yang ingin mendapatkan pahala orang berpuasa sunat padahal ia tidak berpuasa, maka hendaklah ia menjaga lidahnya.

3-Sesiapa yang hendak kelebihan ulama, maka hendaklah ia suka berfikir.

            4- Sesiapa yang ingin mendapat kelebihan pahala orang berjihad, sedangkan ia duduk di dalam rumahnya, maka hendaklah ia melawan syaitan (nafsu).

5-Sesiapa yang ingin mendapatkan pahala sedekah, maka hendaklah ia mengajar kepada orang lain apa yang telah ia dengar dari ilmu agama.
   
  6- Sesiapa yang ingin mendapatkan pahala haji sedangkan ia tidak kuasa, maka hendaklah ia   sentiasa sembahyang jemaah.

7- Sesiapa yang ingin mencapai fadhilat orang ahli ibadah, maka hendaklah ia memperbaiki persengketaan orang yang menimbulkan sengketa antara mereka.

8. Sesiapa yang ingin mencapai pahala orang-orang abdaal, maka hendaklah menekan dadannya dan redha untuk kawannya apa yang ia redha untuk dirinya sendiri.


RENUNG-RENUNGKAN....

7 JENIS WAJAH DI DALAM KUBUR






1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?










 3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

 








4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

 



Bagi orang islam adalah tidak sesuai untuk berkuku panjang!!!
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

 

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

orang yang mati dalam keadaan syahid
P/S:Ingatlah wahai sahabat-sahabatku semua.....
         berbuatlah sebanyak-banyak amalan selagi kita hidup di dunia ini.....
              dan perbanyakkanlah doa agar kita tidak dikenakan azab di akhirat kelak....
                   kerana sesungguhnya azab Allah SWT itu adalah amat pedih sekali....
                       dan perbanyakkanlah doa agar kita mati di dalam keadaan seperti 
                             dalam golongan yang ke tujuh iaitu bersama orang-orang yang soleh....

sekian sahaja daripada saya......niezam 90...

NAFSU YANG DEGIL




                        









Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

                        Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

                        Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."


                        Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

niezam 90....

Sunday, 6 March 2011

SELOKA UNTUK SI PEMALAS


video

Apasal la korang malas sembahyang,
Tuhan kasi korang jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang....

Apasal la korang malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun senang,
Negara pun dah aman tidak hidup berdagang,
Takkan lima minit waktu korang tak boleh luang....

Apasal la korang malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya korang ada haluan,
Tuhan kasi ilmu boleh fakir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa korang tak senang...

Apasal la korang malas sembahyang,
Tengok JOM HEBOH dari pagi sampai petang,
Beli tiket konsert korang sanggup beratur panjang,
Apa la korang ingat masuk syurga boleh hutang...??

Apasal la korang malas sembahyang,
Korang kena ingat umur hidup kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang..
Apasal la korang malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah korang bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji ALLAH Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

SEKIAN SAJA...
Ambil lah iktibar dari seloka ini....
Renung-renungkan.....
Niezam 90


REMAJA,ANAK-ANAK DAN PENYALAHGUNAAN DADAH




Pembesaran daripada remaja kepada dewasa adalah merupakan masa yang amat penting di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan dadah.

Dadah mungkin mempunyai tarikan yang kuat kepada anak-anak muda yang sedang berada di peringkat awal mereka mula berdikari. Pada masa yang sama mereka mencari identiti mereka sendiri.Anak-anak muda terdedah kepada tarikan dadah kerana beberapa sebab antaranya ialah perasaan ingin tahu mereka,kerana dahagakan pengalaman-pengalaman yang baru,tekanan-tekanan daripada rakan sebaya,memberontak terhadap ibu atau bapa,kurang keyakinan diri dan juga masalah-masalah di dalam mengadakan perhubungan-perhubungan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, remaja di seluruh dunia tidak mempunyai sebab-sebab yang sama mengapa mereka menyalahgunakan dadah.Kanak-kanak di jalanan,kanak-kanak yang bekerja,kanak-kanak yang dieksploitasi secara seksual mungkin akan menggunakan dadah untuk menghadapi masalah-masalah tiada pekerjaan,terbiar,keganasan dan penderaan seksual. Di dalam sesetengah kes,dadah digunakan atas sebab-sebab fungsi untuk membolehkan mereka tidak tidur ketika bekerja,atau untuk tidur,untuk mengurangkan kelaparan,untuk mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.

Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk mengubah perasaan mereka.Seringkali mereka ingin mengubah situasi mereka.Sekiranya mereka terasa tertekan atau gementar,mereka ingin merasa tenang.Dengan mengambil dadah, mereka seringkali berfikir bahawa mereka boleh menjadi seseorang yang mereka ingini.

Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk mengelak daripada tidur supaya mereka boleh mengulangkaji pelajaran atau membebaskan diri daripada kehidupan akademik mereka.

Selain itu,terdapat juga anak-anak muda mengambil dadah kerana mereka ingin menyesuaikan diri dan tidak mahu menjadi hanya seorang di kalangan rakan-rakan sebaya yang tidak melibatkan diri.

Ada juga segelintir anak muda mengambil dadah kerana mereka bosan.Mereka mengambil dadah untuk keseronokan kerana tiada perkara lain yang menarik minat mereka.

Sesetengah anak muda mengambil dadah kerana mereka berfikir bahawa mereka akan kelihatan seperti orang dewasa dan ada juga yang mengambil dadah kerana ingin memberontak.Mereka beralih kepada dadah bukan untuk mereka sendiri,tetapi untuk membuat kenyataan terhadap orang lain seperti keluarga atau masyarakat amnya.Sesetengah anak muda mengambil dadah kerana mereka ingin mencuba....

Renungkanlah........jauhilah dadah.
UNICEF Malaysia 07.