RUANG MUHASABAH




KEAJAIBAN DUIT RM50


Yang ni bukan lawak....tapi pelik..strange...weird....bizarre...hmmm....

Alangkah peliknya kita......

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama utk berzikir tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi, tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita, tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman, tp majalah hiburandan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya, ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email, tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita…..?
Tepuk dada …… tanyalah hati dan iman.
Renungkanlah wahai saudara semua...

WaALLAHu SuBHaaNaHu WaTaaLa a'LaM...






Assalamualaikum bukan a'kum

Harap dapat disampaikan. Petikan ini diambil dari ukhwah.com.
InsyaAllah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran daripadanya.

Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam
samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum".
Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan
hanya menulis "S.A.W" dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis "S.W.T"
maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci
iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum".

Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalah wajib
dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms
kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab.
Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa. Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum".

Sekian, terima kasih.

P/S:
Ada juga yang menggunakan semekom, sekom, selekom. Ada artis lawak kita
yang suka sangat menggunakan cara ini apabila memulakan show. 


Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang ajarnya! Dan yang paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi Celcom!!

TOLONG SEBARKAN BERITA INI AGAR GEJALA SEBEGINI DAPAT DIHINDARKAN
TERUS!!!!






  KISAH SEORANG BUDAK DENGAN POKOK EPAL



Terdapat sebuah pokok epal yang besar dan rendang di suatu perkampungan.Dan seorang budak gemar bermain dengan pokok epal tersebut.Budak itu berlari,bergayut di dahan,makan buah epal tersebut dan apabila penat budak itu akan tidur dengan nyenyak di bawah pokok epal tersebut.Begitulah rutin budak itu setiap hari hingga menjelang senja. 


Namun,setelah sekian lama,budak itu tidak lagi mengunjungi pokok epal tersebut.Pada suatu hari budak itu kembali ke tempat pokok epal itu dengan wajah yg muram.Pokok epal kehairanan melihat budak itu.
"WAhai budak marilah bermain dengan ku "
"Aku tidak mahu bermain dengan mu lagi.Aku sudah besar sekarang.
"JAdi apa hajat mu datang kemari"
"Aku ingin permainan yang baru.Semua rakan2 ku sudah memilkinya.Tapi aku tidak mempunyai wang."

 

untuk tidak menghampakan budak itu pokok epal lalu berkata
"KAu ambillah semua buah yang ada di dahan ku ini dan kau jualkanlah.Duitnya nanti kau belilah barang yang kau ingini itu."

Budak itu gembira mendengar perkhabaran dari pokok epal tersebut.Budak itu dengan pantas memetik kesemua buah yang ada tanpa meninggalkan satu pun.Tinggallah pokok epal itu bersendiran..

Setelah beberapa tahun kemudian budak itu kembali lagi.Pokok epal itu gembira melihat kedatangan budak itu lalu mengajak budak itu bermain dengannya.

"AKu sudah dewasa sekarang.Aku tidak mahu bermain dengan kamu.Aku mahu belayar tapi aku tidak mempunyai perahu."
"KAu tebanglah badan ku ini dan jadikanlah perahu kamu."

Budak itu menebang badan pokok epal tersebut dan berlalu pergi.Tinggallah pokok epal itu sendirian lagi.

Akhirnya budak itu semakin tua.Dia kembali menemui pokok epal tersebut.
"Wahai budak aku tidak punya apa2 lagi untuk mu.Aku sekarang hanya sekadar tunggul mati.Aku tiada lagi buah untuk kau mkn.tiada lagi dahan untuk kau bergayut,yang tinggal hanyalah tunggul ini saja.
"Wahai pokok aku tidak perlukan semua itu lagi.Aku hanya perlu tempat untuk berehat,saja"
"Kalau begitu tidur dan berehatlah kamu di tunggul ku ini" 


RENUNGKAN bersama..pokok epal itu ibarat ibu dan bapa kita manakala budak itu ibarat diri kita sendiri..
Sewaktu kecil kita dibelai dan dimanja oleh ibu dn bapa..kita senang diperlakukan begitu..tapi apabila diri meningkat dewasa dan telah berupaya memilih jalan kehidupan sendiri kita abaikn ibu dan bapa...kita biarkn mereka terkapai-kapai sendirian..kita hanya mencari mereka apabila kita mengalami kesusahan...
ingatlah selagi ibu dan bapa masih bernafas di muka bumi ALLAH ini...SAYANGILAH mereka..kerana apabila mereka telah kembali ke alam baqa'..tiada guna untuk merintih dan menyesal...
RENUNGKAN SAHABAT2 SEMUA…