MELAWAN HAWA NAFSU ADALAH JIHAD




Wahai saudara-saudara muslimin,moga-moga Allah SWT merahmati kamu.Kini kamu benar-benar telah mengetahui tentang keutamaan jihad pada jalan Allah dan tempatnya di sisi agama.Maka barangsiapa yang berkuasa untuk berjihad dan mampu menjalankannya,hendaklah ia berjihad.Bersiap sedialah dengan segera,rebutlah peluang keemasan itu dan janganlah sekali-kali kamu merasa malas atau cuai.

Barangsiapa yang tidak mampu,maka hendaklah ia memperelokkan niatnya dalam jihad serta memperbanyakkan doa-doanya terhadap pejuang-pejuang itu,membantu mereka sekadar yang termampu.Sesudah itu hendaklah ia bekerja keras untuk melawan kehendak hawa nafsu,menumpukan diri kepada ketaatan dan ibadah terhadap Tuhan-Nya kerana yang demikian itu juga adalah sebahagian dari jihad.
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Si pejuang itu ialah orang yang melawan hawa nafsu,dan orang yang berpindah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang di larang oleh Allah SWT."
Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata kepada sebahagian sahabat,ketika mereka kembali dari berjihad : "Kamu kembali dari jihad yang kecil untuk menghadapi jihad yang besar,iaitu jihad terhadap hawa nafsu"

Satu lagi dosa yang paling besar dan kesalahan yang amat berat hukumannya ialah berperang antara sesama sendiri antara kaum muslimin,kerana merebut kerajaan atau kepimpinan,kerana tamakkan harta dunia,kerana mengangkat diri dan bangsa yang menjadi tabiat kaum jahiliah.
Firman Allah SWT :
Dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa Yang besar. (Al- Nisa':93)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Sesiapa yang membunuh seseorang muslim dengan setengah perkataan,nescaya ia akan menemui Allah SWT (hari kiamat)  tertulis di antara kedua keningnya : putus asa dari rahmat Tuhan.

Bersabda Rasulullah s.a.w : " Apabila dua orang islam bertemu dengan pedang masing-masing,maka si pembunuh dan si terbunuh,kedua-duanya di neraka. Para sahabat berkata : ini si pembunuh (perkara telah jelas),maka bagaimana perkara si terbunuh pula? jawab Baginda : Kerana ia sungguh berminat untuk membunuh saudaranya."

Bersabda Nabi s.a.w dalam pidatonya di hari raya korban pada peristiwa Hujjatul wida' : "Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan ke atas kamu darah kamu,harta benda kamu,kehormatan kamu,seperti haramnya hari kamu ini,di bulan kamu ini,dan di negeri kamu ini.Awas kamu! ingat,jangan kamu jadi kafir semula sesudah aku meninggal,setengah kamu memenggal leher setengah yang lain."
Ancaman-ancaman yang telah di sebutkan di atas tadi adalah sangat berat dan tidak tertanggung,maka oleh itu hendaklah kita menjaga kita dengan sebaik-baiknya.janganlah sampai terjerumus ke dalam golongan yang dimurkai oleh Allah SWT hingga di laknati-Nya kita dan dilontarkan kita kedalam seksaan-Nya yang berat sebagai orang-orang yang putus asa dari rahmat-Nya.
Kita memohon dari Allah SWT keselamatan dari segala jenis keji,bahaya dan bala-bala di dunia mahupun di akhirat untuk diri kita sendiri berserta rakan-rakan,teman dan sekelian kaum muslimin.Amin....