Sunday 6 March 2011

REMAJA,ANAK-ANAK DAN PENYALAHGUNAAN DADAH




Pembesaran daripada remaja kepada dewasa adalah merupakan masa yang amat penting di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan dadah.

Dadah mungkin mempunyai tarikan yang kuat kepada anak-anak muda yang sedang berada di peringkat awal mereka mula berdikari. Pada masa yang sama mereka mencari identiti mereka sendiri.Anak-anak muda terdedah kepada tarikan dadah kerana beberapa sebab antaranya ialah perasaan ingin tahu mereka,kerana dahagakan pengalaman-pengalaman yang baru,tekanan-tekanan daripada rakan sebaya,memberontak terhadap ibu atau bapa,kurang keyakinan diri dan juga masalah-masalah di dalam mengadakan perhubungan-perhubungan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, remaja di seluruh dunia tidak mempunyai sebab-sebab yang sama mengapa mereka menyalahgunakan dadah.Kanak-kanak di jalanan,kanak-kanak yang bekerja,kanak-kanak yang dieksploitasi secara seksual mungkin akan menggunakan dadah untuk menghadapi masalah-masalah tiada pekerjaan,terbiar,keganasan dan penderaan seksual. Di dalam sesetengah kes,dadah digunakan atas sebab-sebab fungsi untuk membolehkan mereka tidak tidur ketika bekerja,atau untuk tidur,untuk mengurangkan kelaparan,untuk mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.

Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk mengubah perasaan mereka.Seringkali mereka ingin mengubah situasi mereka.Sekiranya mereka terasa tertekan atau gementar,mereka ingin merasa tenang.Dengan mengambil dadah, mereka seringkali berfikir bahawa mereka boleh menjadi seseorang yang mereka ingini.

Sesetengah anak muda mengambil dadah untuk mengelak daripada tidur supaya mereka boleh mengulangkaji pelajaran atau membebaskan diri daripada kehidupan akademik mereka.

Selain itu,terdapat juga anak-anak muda mengambil dadah kerana mereka ingin menyesuaikan diri dan tidak mahu menjadi hanya seorang di kalangan rakan-rakan sebaya yang tidak melibatkan diri.

Ada juga segelintir anak muda mengambil dadah kerana mereka bosan.Mereka mengambil dadah untuk keseronokan kerana tiada perkara lain yang menarik minat mereka.

Sesetengah anak muda mengambil dadah kerana mereka berfikir bahawa mereka akan kelihatan seperti orang dewasa dan ada juga yang mengambil dadah kerana ingin memberontak.Mereka beralih kepada dadah bukan untuk mereka sendiri,tetapi untuk membuat kenyataan terhadap orang lain seperti keluarga atau masyarakat amnya.Sesetengah anak muda mengambil dadah kerana mereka ingin mencuba....

Renungkanlah........jauhilah dadah.
UNICEF Malaysia 07.

No comments:

Post a Comment